Tiada rumah LPHS dibeli GISBH

WhatsApp Image 2024 09 17 at 4.58.52 PM

Borhan (tiga kiri) melihat pelan pembangunan daerah Kuala Selangor pada program di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, hari ini. -Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

KUALA SELANGOR – Kerajaan Selangor tidak menerima laporan daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) berhubung kediaman dibeli Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH).

Perkara itu disahkan Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri, Datuk Borhan Aman Shah dengan laporan diterima pihaknya setakat ini.

“Namun, kita sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan tidak berlaku sebarang permasalahan.

“Dari segi catitan atau permohonan dalam LPHS, memang tiada (pembelian rumah) dalam bentuk syarikat (GISBH). Namun, jika melibatkan individu, saya tidak tahu,”katanya selepas melancarkan program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) di Bandar Puncak Alam di sini hari ini.

Borhan bagaimanapun menjelaskan, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada rumah di bawah kendalian LPHS dijual kepada tenaga pengajar GISBH.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya perumahan itu disalah gunakan pihak tertentu.- https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *