Tindakan Tolak MOU Peruntukan Pembangkang Tidak Bererti Rundingan Tamat – Fahmi

72e243d70316e378ccd11d6e86b0b06f640ca56363f2c

KOTA KINABALU, 16 Sept (Iteenews) — Tindakan pihak pembangkang menolak memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan kepada mereka tidak bererti rundingan berhubung perkara itutelah tamat, kata jurucakap Kerajaan PerpaduanFahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu berkata ini kerana kerajaan sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan kerjasama atau rundingan dengan pihak pembangkang.

“Malah sejak hari pertama Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengangkat sumpah, beliau telah membuka pintu seluas-luasnya untuk mengadakan kerjasama atau sesi rundingan.

“Pihak kerajaan bersedia sekiranya pihak pembangkang ingin meneruskan rundingan berkenaan MoU itu dan Timbalan Perdana Menteri IIDatuk Seri Fadillah Yusof juga telah memaklumkan bahawa kita menunggu maklum balas serta kertas cadangan daripada pihak pembangkang,” katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Seni Tradition In Tune 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini.

Semalam, pembangkang sebulat suara menolak draf MoU itu atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta mendakwa beberapa syarat yang dikenakan dalam memorandum tersebutboleh menjejaskan antara lain hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

Fahmi juga berkata pihak pembangkang perlu bersuci hati dalam usaha mencapai persefahaman sepertimana yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) ketika berada di tempat mereka.

“Ketika itu, dengan suci hati kami memasuki sesi rundingan dan akhirnya kebaikan datang bukan hanya kepada Ahli Parlimen PH tetapi juga kepada rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai Pesta Seni Tradition In Tune 2024, beliauberharap orang ramai menggunakan kesempatan itu untuk menyertai acara seperti pameran seni realiti maya, teater muzikal dankejohanan e-sukanyang berlangsung hingga 18 Sept ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *