PRK Mahkota: Syed Hussien Mampu Bawa Agenda Anak Muda – Onn Hafiz

a0eef4fdbcc4942ec1c5bfbd10d8436b66e8015152576KLUANG, 16 Sept — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berucap semasa memeriahkan program Sembang Santai bersama hampir 200 belia DUN Mahkota di Ngepot Kabin hari ini. –fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KLUANG, 16 Sept (Iteenews) — Penerimaan pengundi terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullahamat baik termasuk daripada golongan muda.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Pengarah PRK itu berkata pemilihan Syed Hussien jugapengiktirafan kepada golongan mudaselain beliau yakin calon BN itumampu membawa agenda golongan muda ke peringkat lebih tinggi.

"Saya berpandangan keputusan pucuk pimpinan memberi peluang kepada pemimpinmuda untuk dicalonkan bagi (membolehkan)mereka menghayati aspirasi pelbagai lapisan masyarakat.

"Beliau (Syed Hussien) seorang yang peramah, mesra dan bertenaga dan saya yakin jika diberikan peluang menjadi wakil rakyat, beliau dapat berkhidmat dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Sembang Santai Bersama Belia DUN Mahkota di sini hari ini.

Turut hadir ialah Syed Hussien yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang. Program itu disertai kira-kira 500 belia dari sekitar DUN Mahkota.

Pada program itu, Onn Hafiz berkata pemilihan calon BN sebagai wakil rakyat di DUN Mahkota juga membolehkan lebih banyak agenda pembangunan termasuk yang melibatkan golongan muda dapat dilaksanakan di daerah ini.

"Kita kena bergerak dalam satu pasukan keranaagenda orang muda Johor adalahagenda paling penting. Sebab itu kita ada (seperti)zon ekonomi khas,zon kewangan khas…saya berundingdan tingkatkan ekonomi anak muda Johor, malah berjumpa pelabur untuk tingkat peluang pekerjaan termasuk di Kluang," katanya.

Pada perkembangan berkaitan, Onn Hafiz menggesa pengundimenolak dan tidak termakan dakwaan pembangkang pada ceramah di sini, yang dilaporkan berkata DAP, yang sebahagian daripada kerajaan Perpaduan, dijadikan alat oleh UMNO untuk meraih sokongan pengundi Cina.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak wajar, Onn Hafiz berkata politik seperti itu tidak sesuai di Johormalah beliau sendiri ada memberi ingatanselepas penamaan calon pada Sabtu lepas, supaya berkempen dengan 'cara Johor' iaitu tidak menjejaskan keharmonian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *