Kerajaan Dedah Draf MoU Dengan Pembangkang Untuk Bukti Ketelusan – TPM Fadillah

25e3424d3427cb34795099926cbcd1a366e81b3c22360

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Iteenews) — Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam perundingan mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Whip Kerajaan PerpaduanDatuk Seri Fadillah Yusofberkata keputusan itu dibuat susulan kenyataan Ketua PembangkangDatuk Seri Hamzah Zainudinbahawa Perikatan Nasional (PN) menolak cadangan MoU tersebut.

“Memandangkan pihak pembangkang lebih gemar membuat kenyataan melalui media berhubung MoU berkenaan maka dengan ini, saya kemukakan dua draf MoU berkenaan kepada pihak media untuk membuktikan ketelusan Kerajaan MADANI,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata semua Ahli Parlimen PN sebulat suara menolak MoU berkaitan dengan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Beliau berkatapihaknya menolak MoU itu atas empat faktor antaranya ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, nilai budaya, moral dan agama.

Sementara itu, Fadillah berkata niat utama MoU berkenaan adalah untuk mewujudkan suasana harmoni di Dewan Rakyatdi mana semua Ahli Parlimen dapat lebih memfokus kepada usaha pemulihan ekonomi serta memainkan peranan lebih konstruktif dalam menjalankan tugas semak dan imbang.

“Ini penting supaya kita dapat menumpukan sepenuh tenaga kita dalam memulihkan ekonomi negara dan mengukuhkan perpaduan dalamkalangan rakyat, demi kesejahteraan semua dan kemakmuran Malaysia” katanya.

Beliau juga berkata inti pati utama MoU itu termasuk tempoh kuat kuasa sehingga pembubaran Parlimen ke-15 atau pada 19 Dis2027, peranan pembangkang sebagai komponen semak dan imbang yang bertanggungjawab serta ketelusan tanpa sebarang klausa kerahsiaan.

“Dengan pendedahan MoU ini, rakyat sendiri boleh menilai bahawa kesemua dakwaan Ketua Pembangkang mengenai draf terbabit adalah tidak berasas sama sekali,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *