Penolakan MoU Bukti PN Masih Berpegang Pada Politik Tidak Progresif

79c783cdff0680425c185e86c0c61643635bb94f29705

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Iteenews) — Tindakan Perikatan Nasional (PN) menolak draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dikemukakan Kerajaan Perpaduan berhubung peruntukan kepada AhliParlimen pembangkang,membuktikan ia masih berpegang kepada pendekatan politik lama yang tidak progresif.

SetiausahaPolitik Pejabat Presiden Parti KeadilanRakyat (PKR) Onn Abu Bakar berkata dalam dunia politik yang dinamik, Ahli Parlimen harus bersikap pragmatik, lebih fleksibel dan terbuka kepada pendekatan baharu yang dapat memastikan pentadbiranlebih baik dan efisien, terutamaketika negara berdepan cabaran besar dalam ekonomi dan kestabilan politik.

Namun Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata keengganan PN dalam menerima MoU berkenaanmenunjukkan mentaliti yang jumud dan tidak bersedia untuk melakukan anjakan paradigma.

“Negara kita memerlukan ahli politik yang terbuka kepada reformasi dan bersedia untuk meletakkan kepentingan negara dan rakyat di hadapan.

“Jika PN benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat, mereka sepatutnya menyambut baik usaha Kerajaan Perpaduan untuk mewujudkan suasana harmoni di Dewan Rakyat dan membolehkan semua Ahli Parlimen berperanan lebih konstruktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ketua PembangkangDatuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan PNmenolak cadangan MOU itu kerana mendakwa iabertentangan dengan beberapa perkara termasuk berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan mengongkong kebebasan.

Menyifatkan tindakan itu sebagai mengecewakan, Onn berkata penolakan tersebut juga bermaknaPN menolak peruntukan khas diberikan kepada Ahli-Ahli Parlimen mereka,yang sepatutnya digunakan untuk membantu penduduk di kawasan masing-masing.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan keengganan PN dalam mengisytiharkan harta,yang menjadi antara syaratdidakwa dikenakan Kerajaan Perpaduanbagi membolehkan Ahli Parlimen pembangkangmendapat peruntukan seperti dituntut.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan keengganan PN untuk mengisytiharkan harta, yang didakwa sebagai antara syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Perpaduan bagi membolehkan Ahli Parlimen pembangkang menerima peruntukan seperti yang dituntut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *