Muktamar PAS: “Biarlah Dia Cari Dosa Kering” – Ahmad Zahid

70e925a2bb090bc71b58469bcd51b79d66e98319cec31Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi — fotoBERNAMA (2024)

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Iteenews) –“Biarlah dia cari dosa kering,” demikian jawapan ringkas Presiden UMNODatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas tindakan PASdidakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itubaru-baru ini sebagai pentas untuk memfitnah dan memaki hamun lawan politik mereka.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Halal Sedunia 2024 sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia di sinihari ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyelar tindakan pemimpin PAS yang menghamburkan cacian dankebencian dalam ucapan serta resolusi sepanjang lima hari berlangsungnya Muktamar parti itu yang melabuhkan tirai Ahad lepas.

Menteri Dalam Negeri itu turut menyifatkan Muktamar PAS sebagai kemuncakpolitik kebencian serta membiakkan budaya fitnah, mencerca dan memaki hamun di bawah pimpinanPresidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *