Buruh parah dicakar beruang meninggal dunia

WhatsApp Image 2024 09 10 at 2.09.15 PM crop

Keadaan Muhamad Zaki selepas menjalani pembedahan dan ditempatkan di ICU HUSM, Kubang Kerian Isnin lalu -Foto IHSAN KELUARGA

KOTA BHARU – Selepas enam hari bertarung nyawa, seorang buruh yang sebelum ini cedera parah diserang beruang ketika keluar memikat burung di kawasan kebun di Kampung Dalam Senduk, Jerek, Gua Musang meninggal dunia awal pagi tadi.

Adik perempuan mangsa, Siti Jamilah Che Mohamed, 22, berkata, abangnya, Muhamad Zaki Che Mohamed, 33, menghembuskan nafas kira-kira pukul 3.45 pagi tadi Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini.

Menurutnya, mayat abangnya ketika ini berada Unit Forensik hospital berkenaan untuk urusan mandi jenazah dan kafan sebelum dibawa pulang ke Gua Musang.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang lelaki parah selepas diserang seekor beruang semasa keluar memikat burung di kawasan kebun di Kampung Dalam Senduk, Jerek dekat Gua Musang pada petang Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, kepala Muhamad Zaki terkoyak selain kaki, betis dan matanya luka akibat dicakar haiwan tersebut.

Muhamad Zaki kemudian menjalani pembedahan di HUSM pada Isnin lalu dilaporkan stabil dan sudah sedar, namun masih tidak boleh bercakap. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *