WASHINGTON – Seorang wanita di negeri Illinois mengundang kecaman orang ramai kerana menamakan bayinya yang baru lahir berdasarkan tren di media sosial, lapor portal berita Kompas semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @shatwanesha, wanita itu menunjukkan anak perempuannya yang baru dilahirkan pada Ogos lalu.
“Memperkenalkan Demure Reign. Lihat bagaimana dia tidak menangis! Very sweet, very cutesy, very demure!” demikian menurut keterangan video.
Demure bermaksud sopan santun dan tidak sombong. Perkataan itu menjadi tular dan kerap digunakan oleh pengguna media sosial.
Rakaman itu mencatatkan lebih 534,500 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
“Bagaimana dia (wanita) memberikan nama itu? Dia jawab, saya mendapatnya daripada tren di TikTok!” sindir seorang netizen. – AGENSI