Blackmores Rai Kemenangan Ke-10 Anugerah Trusted Brands 2024

bc606ce581adff894fa907f4ae7ecdb266e3bab4bb73cKredit: Blackmores

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Iteenews) — Blackmores (Malaysia) Sdn Bhd, jenama terkemuka dalam sektor kesihatan semula jadi di peringkat globalmelakar sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai jenama Platinum dalam Anugerah Trusted Brands 2024.

Tahun ini, Blackmores mencatat pencapaian istimewa dengan memenangi anugerah Platinum untuk Jenama Dipercaya buat kali ke-10 di negara ini,

Pengurus Negara Blackmores Malaysia dan SingapuraKumaran Chandrasergaranberkata penghargaanyang diterima melalui undian oleh pengguna Malaysia, mengukuhkan komitmen Blackmores untuk menyediakan suplemen berkualiti tinggi dan kedudukannya sebagai jenama yang paling dipercayai dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan.

“Di Blackmoreskualiti menjadi keutamaan bagi produk dan perkhidmatan kami. Kami amat berbangga kerana dipilih sebagai pemenang anugerah Platinum buat kali ke-10 tahun ini. Ia membuktikan dedikasi kami terhadap kecemerlangan terus diiktiraf.

"Kami merasa amat dihormati kerana terus manjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan holistik mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumaran berkata kredibiliti anugerah itu berakar umbi dari tinjauan bebas lebih 8,000 pengguna di pasaran utama Asia,menandakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap jenama berkenaan.

"Para peserta menilai jenama berdasarkan enam ciri utama termasuk kebolehpercayaan, kualiti, nilai, pemahaman pelanggan, inovasi dan tanggungjawab sosial. Hasil undian ini kemudian digandakan dengan purata markah atribut untuk menentukan kedudukan akhir bagi memastikan keputusan yang objektif dan tepat secara statistik," katanya.

Beliau berkata kejayaan Blackmores dibina atas komitmen tidak berbelah bahagi terhadap kualitidan setiap produk mencerminkan amalan berasaskan bukti jenama itu dalam menentukan dos optimum dalam setiap suplemen.

"Dengan menjalani lebih 30 ujian dan pemeriksaan kualiti yang ketat, Blackmores mengekalkan standard keselamatan dan keberkesanan tertinggi untuk memastikan setiap suplemen secara konsisten memenuhi jangkaan pelanggan serta piawaian kawal selia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *