Penerbangan: Trafik Penumpang Malaysia Ambil Sedikit Masa Untuk Pulih – MIDF

92bb2e42d4ce0d1a7854d41470c56dda61a4ac7e720f4

KUALA LUMPUR, 13 Sept(Iteenews) — MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan trafik penumpang Malaysia mengambil sedikit masa untuk pulih berikutan cabaran yang dialami syarikat penerbangan baru-baru ini, termasuk isu penghantaran pesawat dan kekurangan alat ganti serta tenaga kerja.

Satu nota penyelidikan oleh MIDF mengunjurkan trafik penumpang Malaysia mencapai 94 peratus berbanding jangkaan pertumbuhan sebanyak102 peratus sebelum itu.

Pada separuh pertama 2024, jumlah pemulihan kapasiti tempat duduk mencecah 85 peratus, dengan purata faktor muatan meningkat kepada 79 peratus (3.4 mata peratusan melebihi separuh pertama 2019).

"Semakan pantas bilangan trafik penumpang pada Julai 2024 menyaksikan pemulihan yang kukuh sebanyak 92 peratus, dipacu oleh sektor antarabangsa, mengatasi sektor domestik sejak November 2023.

"Pemulihan ini disokong oleh penyambungan semula dan pelancaransyarikat penerbangan asing, menjadikan jumlah syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia kepada 71 (tahun kewangan 2019: 69 syarikat), dengan lima lagi dijangka beroperasi pada separuh kedua 2024," katanya.

Justeru itu, firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'neutral' terhadap sektor penerbangan.

Ia memilihCapital A sebagai pilihan teratas sektor itu dengan saranan 'Beli' pada harga sasaran (TP)RM1.06 berikutan perniagaan penerbangannya kurang terjejas oleh gangguan baru-baru ini.

Di samping itu, barisan pesawatCapital A tidak terjejas dengan ketara ketika pandemik, membolehkannya fokus kepada pengembangan dan memberi peluang syarikat itu mengisi jurang kapasiti olehpesaingnya.

"Dalam nota berasingan, kumpulan itu jugadalam peringkat akhir dan berada pada landasan untuk melengkapkanpelan penstrukturan semula PN17 menjelang suku keempat 2024," katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *