Risiko Berkaitan Iklim, Dakwaan Mesra Alam Sekitar Ancam Kelayakan Kredit Bank

88bab8277859ea968ace3f14da31a05563d9ec2b55afa

KUALA LUMPUR, 13Sept(Iteenews)– Peningkatan risiko berkaitan iklim menimbulkan ancaman yang semakin meningkat terhadap institusi kewangan, terutamanya bank-bank kerana mereka terdedah kepadakelemahan merentasi pelbagai wilayahdan sektor.

Pengarah S&P Global Ratings dan penganalisis utama bagi Pacific, Sovereign, IPF and Financial Institutions Ratings Sharad Jainberkata bank dalam pasaran pesat membangun, terutamanya negara yang bergantung kepada minyak dan gas seperti Mongolia dan Nigeria, berhadapan risiko yang lebih tinggi berikutanmempunyai kapasiti terhad untuk menyesuaikan diri kesan peralihan tenaga global.

“Kami menganggap bank di negara sedemikian berisiko untuk mendepaniperubahan dalam dasar awam globaltermasuk yang berkaitan dengan peralihan tenaga.

“Bank dan pihak berkuasa di negara tersebut mempunyai kapasiti yang agak terhad untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini, manakalabank di negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mempunyai lebih fleksibiliti walaupun peralihan itu kekal sebagai cabaran jangka panjang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi panel bertajuk 'Risiko Iklim dan Perbankan: Mengharungi Cabaran Baharu dan Meraih Peluang', dianjurkan olehS&P Global Ratings.

Sesi berkenaan adalah sebahagian daripada Persidangan Maya Institusi Kewangan Asia Pasifik 2024 yang diadakan hari ini.

Dalam pada itu beliau berkatarisiko fizikal daripada bencana alam seperti taufan, banjir dan kemarau terus menimbulkan ancaman besar kepada bank di wilayah seperti Puerto Rico, Paraguay dan Jamaica, yang mengganggu infrastrukturdan aktiviti ekonomi secara berkala.

Kebimbangan terhadap 'dakwaan mesra alam sekitar' oleh segelintir institusi juga mengubah landskap kepercayaan pemberian kreditdan kestabilan kewangan bank, kata Sharad.

Beliau berkata dakwaan sedemikianiaitu apabila institusi secara palsu menunjukkanmereka sebagai bertanggungjawab terhadap alam sekitar boleh memberi kesan negatif kepada kepercayaan kredit institusi kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *