Unit Pansar Raih Kontrak Berkaitan Projek Sarawak-Sabah Link Road Bernilai RM777.11 Juta

31c8beb147274950abbb228695d799e85f58df3a9981b

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Iteenews) –Perbena Emas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuhPansar Bhd memperoleh projek berkaitanSarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa 2 iaitu Pakej 4A (RH Aling ke Bukit Pagon) bernilaiRM777.11 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata Perbena menerima surat setuju terima hari ini daripadaMaltimur Aktif UnggulJV Sdn Bhd untuk projek tersebut.

"Skop kerja-kerja melibatkan pembinaan jalan standardJKR R3 sepanjang54 kilometer dari RH Aling ke Bukit Pagon, termasuk tiga buah jambatan.

"Ia turut melibatkan pembersihan tapak, kerja-kerja tanah, saliran, geoteknikal, jalan raya, pengurusan trafik, alam sekitar dan kerja-kerja elektrik," katanya.

Tempoh kontrak selama 48 bulan dan projek berkenaan dijadualkan bermula hari ini.

Apabila siap kelak, SSLR akan meningkatkanketersambungan jalan raya dengan lebih baik, menghubungkan masyarakat di Sarawak dan Sabah tanpa perlu merentas sempadan antarabangsa.

"Projek ini akan memudahkan pergerakan orang ramai, meningkatkan aktiviti ekonomi dan merangsang ekonomi tempatan," katanya sambil menambah kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *