Kasihan, pocong pun kena fitnah

pocong kena fitnah

Gambar sebenar yang menunjukkan penunggang motosikal tersebut tidak memakai topi keledar, manakala ‘lembaga’ di belakangnya adalah bayang-bayang. – Detik Jatim

JAKARTA – Sebuah hantaran tular yang mendakwa bahawa pocong menjadi punca seorang lelaki disaman oleh kamera pengawasan lalu lintas, disahkan palsu, lapor laman berita Detik semalam.

Dalam hantaran dikongsikan di platform X, seorang pengguna mendakwa bahawa adiknya disaman kerana pocong yang membonceng motosikal itu tidak memakai topi keledar.

Namun, seorang pengguna X yang tidak mempercayai perkara itu kemudian cuba menyiasat  sebelum mendapati, susuk yang kelihatan seperti pocong tersebut sebenarnya adalah bayang-bayang penunggang motosikal itu sendiri.

Pengguna tersebut berjaya mendapatkan rakaman asli sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan gambar sebenar adalah bayang-bayang lelaki berkenaan yang berwarna hitam.

“Habis semua pocong menjadi mangsa fitnah,” katanya.

“Kasihan pocong kena fitnah,” kata pengguna media sosial lain.

pocong
Gambar tular yang disunting. – X

Dalam pada itu, Ketua Unit Trafik Polis Pasuruan, Asisten Komisioner Deni Eko Prasetyo menegaskan bahawa gambar pocong itu adalah palsu.

Menurutnya, penunggang motosikal terbabit disaman kerana tidak memakai topi keledar.

Deni turut menunjukkan gambar asal surat saman yang memaparkan hanya terdapat bayang-bayang hitam penunggang motosikal.

“Dia sudah membayar saman tersebut,” katanya. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *