IOI Prop Lancar Industrial Park@Banting Dengan GDV RM1.5 Bilion Pada Suku Kedua 2025

872c4f601d09d2d7f6346b31527d786f66e28418aa4d5 Ketua Pegawai Operasi Kumpulan IOi Properties Teh Chin Guan (dua,kiri) melakukan gimik perasmian pada Majlis Pengumuman IOI Properties Group Berhad berhubung Hala Tuju Baharu Dalam Sektor Perindustrian hari ini. 7020e68107a2c892bba533bef177c18c66e287c7779a4 PUTRAJAYA, 12 Sept — Ketua Pegawai Operasi Kumpulan IOi Properties Teh Chin Guan ketika berucap pada Majlis Pengumuman IOI Properties Group Berhad berhubung Hala Tuju Baharu Dalam Sektor Perindustrian hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 12 Sept (Iteenews) — IOI Properties Group Bhd dijangka melancarkan IOI Industrial Park @ Banting dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM1.5 bilion pada suku kedua 2025, kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Teh Chin Guan.

Beliau berkata taman perindustrian itu akan dibina di kawasan berkeluasan 130.31 hektar dan mempunyai 53 kluster, unit berkembar, kilang banglo dan tanah untuk dijual pada fasa pertama dengan keluasan 28.33 hektar.

Syarikat itu mempunyai tumpuan "intensif" terhadap infrastruktur seperti jalan dan sistem perparitan pada masa ini untuk memperlihatkan kepada pelabur sesuatu yang setara dengan taman perindustrian menjelang tahun depan, bukannya hutan dara atau tanah ladang, kata Teh.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan siri IOI Industrial Park di Iskandar Malaysia, Banting dan Melaka sebagai teras perolehan utama kumpulan.

Hadir sama Pengarah Bahagian Pelaburan Domestik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Sukri Abu Bakar; Pengarah Bahagian Pembangunan Pelaburan Invest Selangor Nik Izuddin Nik Mohd Yusof; dan Pengurus Invest Johor (prapelaburan dan promosi) James Tan Wei Jie.

Siri IOI Industrial Park terdiri daripada IOI Industrial Park @ Banting di Selangor, IOI Industrial Park @ Iskandar Malaysia di Johor dan perancangan yang akan datang di Melaka.

Ia bertepatan dengan penjenamaan semula dan pengembangan iSynergy @ Kulai daripada 205.17 hektar kepada 445.15 hektar.

Teh berkata syarikat itu sedang menyasarkan sumbangan perolehan sekurang-kurangnya 20 peratus setahun daripada portfolio perindustriannya dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Perolehan tahunan kami adalah sekitar RM2 bilion. Oleh itu, kami menyasarkan kira-kira RM400 juta setiap tahun untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *