Industri Pengurusan Dana Lepasi Pencapaian Trilion Ringgit – SC

6ba99857aa0b1944c2965e9d891ec86f66dac4cc968b2

KUALA LUMPUR, 12 Sept(Iteenews) — Industri pengurusan dana melepasi pencapaian trilion ringgit sejak Februari tahun ini, didorong oleh prestasi yang teguh dalam pasaran ekuiti, terutamanya berikutan penilaian yang kukuh di Amerika Syarikat (AS), kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Pengarah Eksekutif Pembangunan Pasaran SCSalmah Bee Mohd Mydin berkata industri berkenaan berkembang pesat sejak sedekad lepas, dengan aset di bawah pengurusan (AUM) meningkat lebih 65 peratus kepadaRM975.5 bilion pada 2023 daripadaRM588.4 bilion pada 2013.

"Dalam tempoh yang sama, kami melihat AUM industri terus diperluas dengan baik dalam pelbagaikelas aset dan ke pasaran serantau dan global," katanya dalam ucaptamapada PersidanganPersekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) 2024 di sini hari ini.

Salmah juga menegaskan bahawa industri unit amanah merupakan tulang belakang sektor pengurusan dana dengan lebih 760dana yang mempunyai pelbagai tawaran termasuk ekuiti domestik,global multi-thematic, dana tertumpukepada China dan dana seimbang dan agresif.

Pengurus dana dilihat meningkatkan peruntukan modal ke pasaran asing bagi meraih hasil yang lebih baik, denganRM718.2 bilion (67 peratus) dilaburkan dalam negara danRM351 bilion (33 peratus) ke luar negara.

"Trend yang sama turut berlaku dalam industri unit amanah, apabila kami melihat antara 2017 dan 2023, peningkatan konsisten bukan sahaja berlakudalam bilangan dana yang melabur di luar negara tetapi juga pertumbuhan dalam jumlahpelaburan.

"Pada 2023,RM135.76 bilion daripadaRM499.88 bilion dalam nilai aset bersih (NAB) dana unit amanahdiperuntukkan di luar Malaysia, mewakili peningkatan 2.5 kali ganda berbanding 2017,” katanya.

Antara 2018 dan 2024, bilangan dana unit amanah yang ditawarkan meningkat sebanyak 18 peratus kepada 764.

Sementara itu, jumlah NAB meningkat 28 peratus kepada RM545 bilion manakala industri itu menyaksikan pertumbuhan 23 peratus dalam bilangan akaun, berjumlah 26 juta, dalam tempoh lima tahun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *