Kredit : QNET Kredit : QNET Kredit : QNET
GEORGE TOWN, 12 Sept (Iteenews) — Konvensyen V-Malaysia QNET 2024, acara lima hari yang bermula hari ini menghimpunkan kira-kira 8,000 peserta daripada 30 negara sekali gus mengukuhkan status konvensyen dua kali setahun itu sebagai perhimpunan antarabangsa utama.
QNET, peneraju global dalam jualan langsung yang menumpukan kepada kesihatan dan gaya hidup berkata, acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia SPICE Pulau Pinang itu bertujuan meningkatkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) antarabangsa.
Dalam kenyataan hari ini, katanya konvensyen itu akan mempamerkan jam tangan dan barang kemas jenama QNET, Bernhard H. Mayer's Serendipity Collection, menampilkan barang kemas yang diperbuat daripada bahan lestari dan jam tangan Wave Rider edisi terhad.
Ini menekankan komitmen QNET terhadap kemewahan mampan.
Ketua Operasi Serantau QNET, Pushpalatha Balan berkata V-Malaysia bukan sahaja sebagaikonvensyen malah adalah platform untuk memacu kecemerlangan dan kemampanan perniagaan.
“Tema kami, Unstoppable mencerminkan dedikasi kami untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif dan memupuk usahawan yang berdaya tahan dan inovatif. Dengan memperkenalkan barisan produk baharu yang lestari, kami menyasarkan untuk memenuhi keperluan pelanggan di samping menggalakkan masa depan yang lebih lestari,” katanya.
Puspalatha berkata QNET bekerjasama rapat dengan V-Global Management (The V) untuk memastikan kejayaan konvensyen itu.
“The V terkenal dengan kepakarannya dalam latihan global dan pengurusan acara. Sebagai rakan kongsi strategik, ia memainkan peranan penting dalam pengembangan dan komunikasi perniagaan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai berkata Pulau Pinang telah menyaksikan lonjakan ketara dalam pelancongan dan pengiktirafan antarabangsa sejak pertama kali menganjurkan Konvensyen V-Malaysia pada 2008.