UKM, Chempartner Bekerjasama Revolusi Sains Perubatan Moden

05b086844efe46cea494c40c22717a5e66e17e5577003 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (empat, kanan), yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, melakukan gimik pemeteraian dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) Hub Perubatan Halal di Malaysia antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan syarikat ChemPartner Pharmatech Co. Ltd dan Pharma Medical Sdn. Bhd., ketika lawatan ke kilang Farmaseutikal ChemPartner Company di Shanghai. Turut kelihatan Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad (dua kanan), Pengerusi Pharma Medical Datuk Eric Yong Chong Long (empat kiri) danTimbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi UKM Prof. Dato\’ Dr. Wan Kamal Mujani (kiri). 065630e2fe430018f81cad4bad5b91f566e17e788acc7 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kanan), yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menyaksikan pemeteraian dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) Hub Perubatan Halal di Malaysia antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang diwakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi UKM, Prof. Dato\’ Dr. Wan Kamal Mujani (depan, dua dari kiri), dengan syarikat ChemPartner Pharmatech Co. Ltd., yang diwakili Pengerusinya, Woo Swee Lian (depan, tengah), serta syarikat Pharma Medical Sdn. Bhd., diwakili oleh pengasasnya, Datuk Eric Yong Chong Long (depan, kanan), ketika menghadiri majlis di kilang Farmaseutikal ChemPartner Company di Shanghai. Turut kelihatan, Pengerusi Pharma Medical, Datuk Eric Yong Chong Long (empat, kiri), dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (dua, kanan).

Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

SHANGHAI, 11 Sept (Iteenews) — Perkongsian strategik antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan syarikat farmaseutikal China ChemPartner Pharmatech Co. Ltd, bersedia untuk membawa revolusi dalam sains perubatan moden di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata inisiatif ini, akan membuka lembaran baharu dalam meningkatkan keupayaan UKM dalam bidang kesihatan dan sains perubatan.

Beliau berkata bahawa kerjasama itu, dijangka akan dapat membantu mewujudkan hab perubatan dan penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia, menumpukan kepada penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan produk perubatan dan inovatif bioteknologi.

“Perkongsian strategik ini menandakan era baharu kerjasama dan kemajuan. Dengan melabur dalam makmal tercanggih di Universiti UKM, ChemPartner menyumbang kepada usaha berterusan Malaysia untuk memajukan pembangunan dan inovasi ubat baharu.

“Malaysia kaya dengan herba…kerja sama ini bertujuan untuk memodenkan herba tradisional ini dan memperkenalkannya ke pasaran global, di samping membantu Malaysia dalam mengenal pasti ubat-ubatan Cina yang berkos efektif,” katanya dalam ucapan khasnya semasa majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) yang diadakan di kilang ChemPartners, di sini hari ini.

Ahmad Zahid kemudiannya menyaksikan MoA antara UKM dengan ChemPartner Pharmatech Co. Ltd (ChemPartners) dan sebuah syarikat Malaysia Pharma Medical SdnBhd.

MoA itu dimeterai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM Prof Datuk DrWan Kamal Mujani, Pengerusi ChemPartners Woo Swee Lian dan pengasas Pharma Medical Datuk Eric Yong Chong Long JP.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam sidang media berkata beliau berharap kerjasama itu juga membantu negara mewujudkan sebuah hab farmaseutikal, yang mengeluarkan ubat-ubatan yang mendapat pensijilan halal pertama di Malaysia seterusnya menjadi pilihan dalam pasaran tempatan dan global.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *