SEPANG – Lebih 10 buah kenderaan mengalami kerosakan dengan kebanyakannya tayar bocor selepas melanggar serpihan konkrit di atas jalan raya di sini, malam tadi.
Difahamkan, insiden itu dikesan berlaku di Lebuh Raya Putrajaya – KLIA – Dengkil sekitar pukul 8 malam tadi.
Satu gambar yang dikongsikan pengguna jalan raya menunjukkan ia seperti serpihan konkrit yang berisi tetulang besi.
Kebanyakan kereta yang terbabit dengan insiden itu mengalami kebocoran tayar dipercayai gagal mengelak serpihan konkrit itu yang kebetulan berada di laluan tengah jalan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun, insiden itu sedang disiasat. – https://amiminerals.org/