SAF Berdepan Cabaran Akibat Permintaan Minyak Sawit Meningkat

c00268660c7cd6070b11c8475be7db0a5e3a3d2b9179d

Daripada Siti Noor Afera Abu

ROTTERDAM, 10 Sept (Iteenews) — Pembangunan bahan api penerbangan mampan (SAF) berdepan cabaran besar berikutan permintaan minyak sawit yang meningkat, dengan kilang pengeluaran baharu berusaha keras untuk mendapatkan stok suapan yang diperlukan.

Editor dan Ketua Pegawai Eksekutif ISTA Mielke GmbH – Oil World, Thomas Mielke berkata pengeluaran minyak sawit sejak 2019 adalahsangat rendah, dengan penurunan hasil purata yang membimbangkan sehingga 2021.

Pada masa ini, sektor tenaga menyumbang 20 peratus daripada penggunaan global bagi 17 minyak dan lemak.

Mielke berkata ketersediaan stok suapan menjadi kebimbangan utama bagi teknologi SAF yang baru muncul.

“Pasaran dijangka berdepan pengeluaran biodiesel dan minyak sayuran terawat hidro (HVO) yang perlahanselain peningkatan SAF, pada tahun akan datang,” katanya pada Persidangan Minyak Sayuran Lestari Ke-3 anjuran Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) pada Selasa.

Beliau berkata pertumbuhan yang tidak mencukupi bagi bekalan global minyak masak terpakai, lemak, gris, dan stok suapan bukan makanan lain akan menyebabkan pengeluaran biobahan api sangat bergantung kepada minyak sawit, minyak kacang soya dan minyak biji sesawi.

Sehubungan itu, Mielke mempersoalkan berapa lama tempoh pergantungan ini akan berterusan memandangkan jumlah pengeluaran biodiesel telah meningkat hampir dua kali ganda sepanjang dekad lepas.

Pengeluaran biodiesel pada tahun ini dijangka mencapai sekurang-kurangnya 62.7 juta tan berbanding 59.3 juta tan pada 2023.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *