Bekas Pemain Bola Sepak Johor FA Calon PN PRK DUN Mahkota

3ff7f3dc77519b8c8e6ee6aa527ec1e766e062d248fb7 Bekas Pemain bola sepak Negeri Johor, Mohamad Haizan Jaafar, 61, berucap selepas diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Mahkota pada Pengumuman Calon PRK N.29 Mahkota di Bilik Gerakan Utama PN PRK DUN Mahkota di Kampung Melayu hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA 0327fb66510682515d50ff2032a045ec66e062e630c43 Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (tengah) mengangkat tangan Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Mahkota, Mohamad Haizan Jaafar, 61, (tiga, kanan) pada Pengumuman Calon PRK N.29 Mahkota di Bilik Gerakan Utama PN PRK DUN Mahkota di Kampung Melayu hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KLUANG, 10 Sept (Iteenews) — Bekas pemain bola sepak Johor FA Mohamad Haizan Jaafar, 61, diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Majlis Pengumuman Calon PN di Bilik Gerakan Utama PN PRK DUN Mahkota di Kampung Melayu, di sini malam ini.

“Beliau merupakan anak tempatan Kluang, lahir di Layang-Layang dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan bapanya pernah bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Kluang,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah PRK DUN Mahkota Datuk Seri Azmin Ali, Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pesuruhjaya Pas Johor Abdullah Husin.

Pada Sabtu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah, 40, diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK DUN Mahkota.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnyaDatuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos, ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 Sept.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *