Pengetua sekolah bahagia kahwini bekas murid

pengetua kahwin murid

Karman dan Yuniara bahagia sebagai suami isteri meskipun berbeza usia 21 tahun. – TikTok

JAKARTA – Sepasang suami isteri di Cirebon, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkongsikan kisah cinta mereka yang bermula daripada hubungan antara pengetua sekolah dan murid, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Karman, 68, dan isterinya, Yuniara, mempunyai beza usia 21 tahun.

Mereka berkahwin pada Februari tahun lalu dan kini sudah mempunyai seorang anak.

Menurut Karman, dia merupakan bekas pengetua sebuah sekolah menengah di mana ketika itu, isterinya ialah pelajar di situ.

“Saya sekarang sudah pencen. Kali pertama kami saling mengenali adalah pada 2013 apabila Yuniara masih bergelar pelajar SMP (sekolah menengah rendah). 

“Ketika itu, saya mempunyai isteri, tiga anak dan dua cucu,” ujarnya sambil menambah, isteri pertamanya sudah meninggal dunia.

Tambah Karman, pada 2019, selepas Yuniara tamat belajar di universiti, wanita itu pulang ke Cirebon dan hubungan mereka mula menjadi rapat selepas bertemu semula.

“Pada awalnya, ibu bapa Yuniara keberatan untuk merestui perkahwinan kami kerana perbezaan usia yang ketara.

“Namun, selepas dijelaskan dengan baik, mereka akhirnya bersetuju,” katanya.

Pasangan itu dikurniakan anak pada 24 Jun lalu dan mengaku hidup bahagia walaupun mempunyai jarak usia yang jauh. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *