MIC Sedia Kukuhkan Parti, Hadapi Cabaran Masa Depan

cd9e7526e37e37fde0e9e93cc27b286c66dd9b486e8ac –fotoBERNAMA (2024) b545df72d472eb2f842a34b966be51e266dd9b33746bb Datuk Seri M Saravanan –fotoBERNAMA (2024)

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Iteenews) — MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata setelah ketuasayap Wanita, Pemuda, Putera danPuteri dilantik baru-baru ini, parti berusia 78 tahun itu lebih bersedia menghadapi cabaran politik masa depan.

"MIC kini tanpa sebarang tanggungjawab terus dalam kerajaan sekarang dan ini merupakan cabaran dihadapipartidan iamungkin berlarutan.

"Barisan pemimpin belia MIC kinilebih bertenaga dan aktif dalam membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat India,yang memberi tenagabaharu kepada parti," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC Kebangsaan di sinihari ini.

Beliau berkataPresiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran sedang melakukan pelbagai langkah penambahbaikan bagi menempuhi cabaran masa depan parti terbabit untuk terus kekal sebagai sebuah wadah politik yang terbaik bagi masyarakat India di negara ini.

Saravananberkata pelbagai isu yang dihadapi oleh masyarakatIndia di negara initurut dikemukakan pada konvesyen itu khususnya jumlah kemasukan dalam program matrikulasi serta kesukaran mendapat tawaran dalam jurusan pilihan padaperingkat InstitusiPengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Kita berharap jumlah tawaran matrikulasi diberikan secukupnya kepada masyarakat Indiadan isu-isu iniakan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Beliau berkata sayap Putera dan Puteri kini dalam usaha untuk membimbing dan juga menggalakkan para pelajar sekolah menengah untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat InstitusiPengajian Tinggi (IPT)melalui bantuan pendidikan yang disediakan parti itu.

Sementara itu, "One Stop Service Center"Wanita MIC turut dilancarkan pada konvensyen berkenaan bagi menggalakkan golongan wanita untuk tampil berkongsi masalah yang dihadapi mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *