Datuk Seri M. Saravanan
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Iteenews) –MIC akan mengemukakan satu resolusi meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang memainkan isu agama sama ada agama rasmi mahupun lain-lain agama di negara ini.
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata perkara itu merupakan antara usul yang akan dibentangkanpada Perhimpunan Agung MIC ke-78 pada15 Sept ini.
“(Terdapat) dua usul, pertama ialah sokongan kepada pucuk pimpinan MIC yang telahpun dibentang di peringkat negeri sebelum ini. Usul kedua pula adalah mengenai isu berkaitan agama, raja dan kaum (3R).
“MIC akan menekankan (isu ini)menerusi resolusi supaya kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak,tidak kira sama ada mereka sentuh agama rasmi ataupun agama-agama lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MIC di sinihari ini.
Selain itu, Saravanan berkataisu mengenai bantuan kerajaan serta peluang pekerjaan dan pendidikan kepada masyarakat India juga akan turut ditekankan pada ucapan dasar presiden untuk dibahaskan oleh perwakilan pada perhimpunan itu.
Perhimpunan Agung MIC ke-78 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam dan Pengerusi Barisan NasionalDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan merasmikan perhimpunan tersebut.
Seramai 1,480 perwakilan dan 177 pemerhati dijangka akan menyertai perhimpunan itu.