Perbincangan Antara Petros, Petronas Masih Dijalankan – Abang Johari

3bdf1b85e1c43b24448b95e3004422b966dead65b7e7b

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 9 Sept(Iteenews) — Anak syarikat kerajaan negeri Sarawak, Petroleum Sarawak Bhd (Petros), masih dalam proses perbincangan dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkaitan penyeliaan perdagangan minyak dan gas (O&G) di negeri itu, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengulas laporan yang mendakwa perbincangan itu kini menemui jalan buntu, beliau sebaliknya menegaskan bahawa tempoh akhir bagi perbincangan kedua belah pihak itu masih kekal sebelum 1 Oktober.

“Petros akan bekerjasama dengan Petronas dalam pembangunan aktiviti huluan dan hiliran. Inilah sebabnya saya katakan bahawa ia (media) mungkin telah disalah maklumatau (mendapat) data atau input salah sejak dua hari lepas," katanya kepada pemberita di luar persidangan APPEC 2024 di sini, hari ini.

Abang Johari juga menegaskan bahawa “tiada sebarang isu antara kami dengan Petronas.”

Diminta mengulas mengenai laporan media mengenai kemungkinan Petronas mengambil tindakan undang-undang, beliau berkata :“Kamitidak tahu menahu mengenainya. Anda kena tanya Petronas mengenai perkara itu.”

Beliau turut memberi jaminan bahawa kontrak jangka panjang berkaitangas asli cecair (LNG) dengan rakan-rakan niaga Korea Selatan dan Jepun juga tidak akan terjejas walaupun Petros agregator gas tunggal di Sarawak.

“Tiada apa yang berlaku. Anda juga harus sedia maklum bahawa kerajaan Sarawak mempunyai ekuiti dalam LNG dan kerana kami ada kepentingan dalam LNG, saya tidak rasa kami mahu menjejaskannya.

“Oleh itu, kontrak-kontrak sedia ada kami dengan pelanggan kekal tidak terjejas,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *