Eksport CKD Proton Ke Mesir Dijangka Sumbang RM570 Juta Menjelang 2026 – MITI

ff5f9b1eb88b30cc762d303a3536f02066de8d0591486

SUBANG JAYA, 9 Sept(Iteenews) – Eksport pemasangan tempatan (CKD) Proton Holdings Bhd ke Mesir dianggar menyumbang16,000 unit kepada jumlah kuantiti eksport syarikat itubermula suku keempat tahun ini hingga akhir 2026, yangbakal menjana perolehanbernilaiRM570 juta.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)Datuk Hanafi Sakri berkata tambahan RM20 juta akan dijana daripada jualan alat-alat ganti untuk menyokong perkhidmatan pelanggan.

“Selainaspek monetari perdagangan, penubuhan kilang CKD untuk memasang kenderaan Proton di Mesir akan membolehkan pemindahan dan pertumbuhan kecekapan dalam bidang seperti teknologi, amalan terbaik dan kepakaran dalam sektor automotif kereta,” katanya menerusi ucap tama beliau pada majlis penghantaran eksport CKD pertama Proton ke Mesir diProton Centre of Excellence, di sini, hari ini.

Hanafi berkata projek itu juga akan membuka ruang kepada potensi kerjasama antara syarikat Mesir dan pembekal alatan ganti bertaraf dunia dari Malaysia.

“Ini, seterusnya, berkemungkinan boleh menjadikan Mesir sebagai hab pemasangan serantau bagi Proton untuk pasaran Afrika Utara.

“Ia juga boleh memberipeluangkepada pembekal di Malaysia untuk mengembangkan jualan eksport mereka,” katanya.

Sementara itu, pengerusi Proton Tan Sri Syed Faisal Albar berkata pasaran eksport terus menjaditonggak penting bagi Proton.

“Untuk mencapai cita-citamenjadi pemain pasaran global yang besar, kami tidak boleh bergantung semata-mata kepada pasaran domestik. Oleh itu, eksport adalah penting.

“Proton sudah pun berada di 20 negara termasuk pasaran di Asia, Timur Tengah dan Afrika. Acara hari ini amat penting bagi kami keranasejak enam tahun lalu, Proton telah mengeksport kira-kira 3,200 unit komponen dipasang sepenuhnya (CBU) ke Mesir, dengan Proton Saga menjadi model paling popular,” katanya pada majlis itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *