Eversendai Capai Nilai Perolehan Kontrak Tertinggi RM6.7 Bilion Melalui Kontrak Terbaharu

4b2c748abf8c5ce06bccca0f688d249e5e39272f76339

KUALA LUMPUR, 9 Sept(Iteenews) –Eversendai Corporation Bhd (Eversendai) memperoleh kontrak bernilai RM1.1 bilion bagiprojek di Chennai, Mumbai, Singapuradan Arab Saudi.

Ini menjadikan nilai perolehan kontrak kumpulan kini mencapai jumlah tertinggi sebanyakRM6.7 bilion, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri AK Nathan dalam makluman kepadaBursa Malaysia hari ini.

Beliau berkataEversendai India berjaya memperoleh projek struktur keluli komposit dan kerja awam untuk DLF Downtown Taramani Blok 4 & 5 di Chennai iaitu kontrak tunggal terbesar mereka setakat ini.

Sementara itu, Eversendai di Mumbai meraihprojek menara komersial C65,bangunan struktur komposit 19 tingkatserta projek 30 Little Gibbs, bangunan kediaman struktur komposit bertingkat tinggi di Malabar Hills, Mumbai.

Menurutnya, di Singapura, kumpulan pembinaan itumemperoleh projek Founder's Memorial manakala di Arab Saudi, Eversendai meraihsatu lagi pakej kerja subkontrak struktur keluli untuk Speed Park Track, Primary Pitdan Motorsports Experience Centre.

Nathan berkataprojek-projek ini akan meningkatkan pendapatan dan keuntungan Eversendai secara berperingkat.

“Kumpulan Eversendai berada di landasan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada 2025 dan seterusnya dengan nilai perolehan kontrakdalam tangan mencatatkanrekod tertinggi,” katanya.

Beliau berkata, pada masa depan kumpulan itu menjangka memperoleh lebih banyak projek berprofil tinggi yang menguntungkan di Timur Tengah dan negara-negara lain yang mereka kini beroperasi.

Nathan berkata dengan nilai perolehan kontrak yang dimiliki ketika ini Eversendaimengunjurkan penggunaan optimumbagi semua kemudahan fabrikasinyaketika momentum projek meningkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *