PRK DUN Mahkota: Amanah pastikan calon BN menang besar

WhatsApp Image 2024 09 09 at 3.13.08 PM

Mahfuz (tengah) melawat kolam ternakan udang kara terbesar di utara di Kampung Durian, Pendang hari ini. – Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

PENDANG – Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan untuk menyokong sepenuhnya calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.

Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar, sokongan itu diberikan
meskipun terdapat permintaan daripada akar umbi parti komponen Pakatan Harapan (PH) tersebut untuk mereka bertanding di situ.

Katanya, ketika ini pihaknya hanya memiliki satu matlamat iaitu mahu memastikan gelombang kejayaan di DUN Nenggiri, diteruskan di Mahkota.

“Sebagaimana kita bekerja di Nenggiri, begitu jugalah kita akan berkempen di Mahkota untuk pastikan kemenangan calon BN. Kami akan berhabis-habisan untuk memastikan calon muda dari BN itu mencapai kejayaan lebih besar di Mahkota.

“Dalam PRK kali ini, kita mahu pastikan para pengundi di Mahkota dapat menghalang elemen politik ‘mendajalkan’ orang daripada masuk ke Johor. Tak patut langsung untuk kita terima pihak-pihak yang mendajalkan orang lain, semata-mata kerana tak bersama mereka,”katanya .

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat ke Ladang Udang Kara Air Tawar Arbaah di Kampung Durian, di sini hari ini.

Menurutnya, beliau sendiri telah diberikan amanah sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Amanah untuk PRK Mahkota dengan tanggungjawabnya adalah untuk menyelaraskan jentera parti itu dari seluruh negara bagi berkempen di DUN berkenaan. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *