Plat rentan bencana bantu operasi menyelamat APM

WhatsApp Image 2024 09 09 at 3.35.03 PM

Aminurrahim (dua dari kiri) memakaikan pangkat kepada pegawai APM pada Majlis Apresiasi Pemakaian Pangkat, Penganugerahan Reben Perkhidmatan dan Kecemerlangan APM Kelantan 2023/2024 di UiTM Machang hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ kOSMO!

MACHANG – Angkatan Pertahanan Awam (APM) melaksanakan pendekatan baharu dengan memasang plat rentan bencana di rumah penduduk bagi membantu memudahkan operasi menyelamat semasa berlakunya bencana.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, pemasangan itu dilakukan di setiap rumah yang terdedah dengan bencana dan memerlukan bantuan segera.

Menurutnya, selepas berlaku bencana, tumpuan terus diberikan kepada rumah yang dipasang alat berkenaan untuk proses pemantauan.

“Pemasangan plat ini akan membantu sekiranya ada individu atau keluarga yang memerlukan bantuan segera. Ia dapat dilihat pada waktu malam sekali gus memudahkan kerja-kerja menyelamat.

“Pendekatan baharu itu memudahkan urusan menyelamat. Apabila kerja-kerja menyelamat selesai, plat itu akan diterbalikkan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi Pemakaian Pangkat, Penganugerahan Reben Perkhidmatan dan Kecemerlangan APM Kelantan 2023/2024 di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Machang, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 230 anggota dan pegawai APM menerima kenaikan pangkat termasuk anugerah perkhidmatan.

Dalam pada itu, APM turut mengenal pasti lebih 6,000 kawasan berisiko berlakunya banjir, kepala air dan tanah runtuh di seluruh negara tahun ini.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 617 kawasan dikenal pasti di Kelantan dan kesemua kawasan ‘hot spot’ itu akan diberi perhatian menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka hujung tahun ini. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *