Pelan Tindakan Bakat STEM Akan Dimasukkan Dalam NSS – Tengku Zafrul

9bc8819564e29c918285bdacc11ff0d566ddb73cc4d6d –fotoBERNAMA (2024) a0e0b6ecbec1e847f614b95327117b0d66ddb753317ec –fotoBERNAMA (2024)

GEORGE TOWN, 8 Sept (Iteenews) — PelanTindakan BakatSains,Matematik,Kejuruteraan dan Teknologi(STEM)Pulau Pinang yang dilancarkan hari ini, akan dimasukkan ke dalam Strategi Semikonduktor Nasional(NSS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata pelan tindakan itu juga akan disokong oleh sebahagian daripada RM25 bilion yang diperuntukkan untukmenggerakkan strategi semikonduktor manakala penyepaduan itu menekankan komitmen kedua-dua pihak untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan dan perkhidmatan serantau.

“Pelan Tindakan Bakat STEM Pulau Pinang adalah contoh terbaik pendekatan seluruh negara untuk menangani cabaran dan merebut peluang dalam landskap perindustrian Malaysiayang berkembang pesat.

“Pelan tindakanini selaras dengan sempurna dengan objektif Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), NSS dan Strategi Pelaburan Hijau (GIS),” katanya pada pelancaran pelan tindakan itu di Tech Dome Penang, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, malam ini.

Tengku Zafrul berkataPelanTindakan Bakat STEM Pulau Pinang juga menyokong salah satu sasaran NSS iaitu untuk melatih dan memupuk 60,000 jurutera Malaysia yang berkemahiran tinggi menjelang 2030.

Beliau berkatakementerian telah menjadikan pendidikan STEM sebagai salah satu pemboleh utama bagi strategi perindustrian semula Malaysia kerana tiada negara boleh meletakkan dirinya sebagai peneraju global dalam industri teknologi tinggi tanpa tenaga STEM yang mencukupi.

Beliau berkata industri seperti semikonduktor, elektronik dan teknologi hijau pantas menjadi pemacu kritikal pertumbuhan ekonomi global, Malaysia sudah menjadi pengeksport semikonduktor keenam terbesar di dunia.

“Bagaimanapun, industri semikonduktor dan banyak sektor lain yang kitamahu bangunkan seperti aeroangkasa, peranti perubatan, farmaseutikal dan ekonomi digital, menghadapi cabaran global yang ketara iaitu masalah bakat (pekerja berkemahiran).

"Sehubunganitu, wujud keperluan untuk membangunkan bakat berkemahiran yang mampan," katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *