BANGKOK – Seorang lelaki Sweden kecewa selepas dia menyerahkan wang sebanyak 359,000 baht (RM46,281) kepada seorang wanita Thailand yang berjanji untuk berkahwin dengannya, lapor laman berita Khaosod.
Wanita itu sebenarnya sudah berkahwin, manakala suaminya berkhidmat sebagai askar.
Mangsa berkata, dia berkenalan dengan wanita tempatan itu menerusi aplikasi temu janji pada 17 Jun lalu.
Menjelang Julai, wanita berkenaan memperdaya mangsa dengan berjanji untuk mengahwininya.
Wanita berkenaan kemudian meminta mangsa memindahkan wang sebanyak 359,000 baht untuk perbelanjaan perkahwinan mereka yang dirancang berlangsung pada Ogos lalu.
Lelaki tersebut kemudian memindahkan wang yang diminta menerusi akaun bank kerana cinta.
Selepas menyedari dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu. – AGENSI