Penempatan pegawai Jakim: Mohd. Na\’im bertemu MCCBCHST esok

WhatsApp Image 2024 09 05 at 18.00.31 59d7a0a2

Mohd. Na’im.

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar akan mengadakan pertemuan bersama Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST), esok.

Ia berhubung bantahan majlis itu berkaitan penempatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di jabatan kerajaan.

Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan memaklumkan, Mesyuarat Jawatankuasa Harmoni (JK HARMONI) yang dikendalikan bersama kementerian ini dan Jakim telah menubuhkan tiga biro (sub jawatankuasa) bertujuan memastikan gerak kerja lebih efektif dalam melaksanakan inisiatif keharmonian antara agama di negara ini.

Jelasnya, salah satu biro adalah Biro Pengurusan Isu Agama dan Mediasi yang memberi tumpuan dalam usaha merungkai isu-isu dan konflik berkaitan agama yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang berpotensi mengancam perpaduan dan kesejahteraan masyarakat di Malaysia.

“Biro ini menjadikan mediasi sebagai kaedah penyelesaian alternatif bagi tujuan pendamaian atau menyelesaikan apa-apa pertikaian dan perselisihan dalam kalangan anggota masyarakat yang berbilang agama dan bangsa.

“Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang meminta wakil-wakil agama memanfaatkan ketiga-tiga biro di bawah JK HARMONI dalam mencari solusi dan penyelesaian kepada isu-isu berhubung keharmonian antara penganut agama,”katanya hari ini.

Kementerian itu berkata, konsep ‘Faham, Hormat, dan Terima’ perlu dihayati semua rakyat bagi merapatkan perbezaan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

Katanya, konsep berkenaan sebagai prinsip asas bukan sahaja bertujuan memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, bahkan dapat menangani isu-isu berkaitan keharmonian antara penganut agama.

“(Ia termasuk) meningkatkan sifat hormat menghormati, dan mengukuhkan pemahaman.

“Kementerian melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sentiasa bersedia menyediakan perkhidmatan Mediator Komuniti dalam mengurus isu-isu perpaduan dan keharmonian rakyat di negara ini,”ujarnya.

Tambah kenyataan itu, kementerian turut melantik seramai 562 orang Mediator Komuniti sebagai pendamai masyarakat yang dikenali dalam membendung dan mengurus isu-isu perpaduan atau konflik sosial di peringkat komuniti. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *