Ibu lihat Nohasman kali terakhir di hadapan Kenanga Mall

WhatsApp Image 2024 09 05 at 23.34.35 c4d9f990

Nohasman.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikenali sebagai Nohasman Abu Noh dilaporkan hilang sejak Januari lalu.

Norhasman yang berusia 37 tahun dipercayai kali terakhir dilihat berada di hadapan Kenanga Mall, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, Balai Polis Tun HS Lee menerima laporan berhubung kehilangan lelaki itu pada 25 Julai lalu.

“Dia kali terakhir dilihat berada di hadapan pusat beli-belah itu oleh ibunya,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Tun HS Lee di talian 03-9221 2222 atau Pusat Kawalan IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *