Anwar Gesa Penerbangan Terus Hubungkan Malaysia Dan Rusia

014bf5d0afc6a189680fbea2f4b504fe66d977a8820edPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampikan ucaptama yang dapat dilihat secara langsung sempena \’Eastern Economic Forum\’ (EEF 2024) yang berlangsung di Vladivostok, Rusia, hari ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Daripada Niam Seet Wei

VLADIVOSTOK (Rusia), 5 Sept(Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Rusia perlu mempertimbangkan untuk memperkenalkan penerbangan terus bagi meningkatkan jumlah pelancong antara kedua-dua negara.

Menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mesra dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana kuasa, Anwar berkata pelancong Rusia perlu melawat Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan budaya dan mesra selain makanannya yang berdaya maju dari segi ekonomi.

“Kami adalah negara yang kaya dengan budaya, dengan masyarakat yang pelbagai, mempunyai hutan hujan tropika, pantaidanmengalamiiklim khatulistiwa. Jika anda pergi ke sana, anda akan mendapati bahawa ‘Malaysia is truly Asia’,” kata beliau.

Beliau berkata demikian padasesi soal jawab pada sesi pleno ForumEkonomi Timur (EEF) ke-9 di sini hari ini.

Ia turut disertai Presiden RusiaVladimir Putin dan Naib Presiden China Han Zheng.

Terdahulu, pada sidang media bersama wartawan Malaysiadi hari terakhir lawatan rasmi ke Rusia hari ini, Anwar berkata Malaysia menerima lebih 100,000 ketibaan pelancong dari Rusia pada tahun lepasdan terdapat potensi untuk meningkatkan jumlah pelancong dari negara itu dengan lebih banyak sambungan penerbangan.

Pada masa ini, hanya penerbangan transit melalui China yang boleh didapati untuk menghubungkan kedua-dua negara.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *