PPB Group Sedia Perbelanjaan Modal RM787 Juta

633d8f144c9e9a6e180c1a4f8ac5405266d9bb73e3bd4

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Iteenews) –PPB Group Bhd menyediakan peruntukan sebanyak RM787 juta bagi perbelanjaan modal (capex) untuk tempoh lima tahun akan datang.

Ketika memperincikan aspek itu, Pengarah UrusanLim Soon Huat berkata initermasuk RM392 juta untuk pelaburan kilang tepung di China dan pembinaan kemudahan penyimpanan dan fasiliti berkaitan jagung di Malaysia manakala RM296 juta untuk tujuh pawagam baharu di Malaysia selain menambah baik pawagam sedia ada.

“Sejumlah RM67 juta pula bagi menaik taraf sistem dan automasi bahagian produk pengguna dan RM32 juta untuk pengubahsuaian Cheras Leisure Mall,” katanya selepas sesi taklimat dengan media dan penganalisis di sini,hari ini.

Lim berkata konglomerat pelbagai cabang niaga itu akan turut menumpukan usahameningkatkan pengurusan rantaian bekalan dan kecekapan operasi bagi mengurangkan kesan potensi gangguan akibat perubahan iklim, konflik geopolitik dan ketidaktentuan pasaran ekonomi dan kewangan.

“Keadaan tidak menentu di pasaran bijirin adalah antara cabaran perniagaan yang perlu kamihadapi. Persoalannya, adalah bagaimana kami dapat menguruskan turun naik harga ini.

“Ada kemungkinan berlakunyaketidaktentuan pasaran yang lebih ketara…kami juga tidak dapat meramalkan perkembangan geopolitik,” katanya.

Beliau berkata cabaran seperti konflik Rusia-Ukraine misalnya telah mengukuhkan kemampuan kumpulan itu dari segimengurus penyumberan dan rantaian bekalan selain memanfaatkan kepakaran teknikalnya dalam aspek formulasi produk.

–BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *