Pencemaran bau di Sungai Pandan sama macam kes Sungai Kim Kim

WhatsApp Image 2024 09 04 at 4.58.04 PM

WEE TSE meninjau pusat gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor susulan menerima laporan berlaku kejadian pencemaran bau di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Pencemaran bau kimia yang dikesan berlaku di beberapa kawasan penempatan di daerah ini bukan pertama kali berlaku sehingga menyebabkan penduduk mengalami loya dan muntah.

Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pencemaran itu berlaku dipercayai berpunca daripada bahan kimia yang dibuang ke dalam sungai berhampiran.

“Saya percaya ia mungkin faktor pembuangan sisa toksik atau sisa industri secara haram ke dalam sungai.

“Perkara sebegini berlaku beberapa kali (sebelum ini). Tiga tahun lepas, Kampung Tawakal di bawah Parlimen Tebrau menerima kesan sama dan juga kejadian pada 2019 di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang,” katanya selepas meninjau keadaan Sungai Pandan di Kampung Melayu Pandan, di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan penduduk di sekitar Taman Daya, Taman Istimewa dan Taman Mount Austin mengadu pening kepala dan loya selepas terhidu bau kimia d kawasan perumahan masing-masing.

Bau kimia yang dikesan begitu kuat dan pekat di kawasan Kampung Melayu Pandan itu menyebabkan sebuah tadika dan sekolah agama di lokasi tersebut ditutup. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *