Chow Sahkan Tidak Akan Pertahan Jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang

9527f828c05a702a90a3f2897df46ca666d82ec520ab5Kredit: FB Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 4 Sept(Iteenews) –Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannyadalam pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinangpada 22 Sept ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata beliau telah menerima surat daripada DAP Pusat mengenaipencalonannyapada 27 Ogos lepas, namun beliau memutuskan untuk menolaknya selepas membuat pertimbangan.

Apabila saya dilantik semula sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas pilihan raya umum negeri pada 2023, Setiausaha Agung Loke Siew Fook telah mengarahkan saya untuk membuat pelan peralihan.

“Oleh itu saya telah memutuskan untuk mengambil langkah pertama pelan peralihan ini bagi membuka ruang kepada seorang pemimpin baharu dipilih sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang pada pemilihan Jawatankuasa Negeri 2024,” katanya pada sidang media di bangunan Komtar di sini hari ini.

Chowyang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan menyifatkan keputusan itu sesuai pada masanya bagi memberi peluangpengerusi negeri yang baharu tempoh lebih tiga tahun untuk memimpin parti dan membuat persediaan menuju pilihan raya umum yang seterusnya.

Mengenai sama ada keputusan itu akanmenjejaskan kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri, Chow berkata perkara itu terserah kepada parti kerana jawatan berkenaan dilantik oleh DAP.

Dalam pada itu, beliau juga yakin delegasi parti akan memilih Jawatankuasa DAP Pulau Pinang yang kuat dalam pemilihan ini untuk meneruskan legasi parti berkenaan di Pulau Mutiara itu.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada parti dan ahli kerana menyokong dan memberi saya peluang untuk berkhidmat sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang sejak 25 tahun lepas dan sebelum itu, lapan tahun sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya.

Sementara itu, mengulas kedudukan Chow sebagai Ketua Menteri,Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata Chow akan terus memegang jawatan itu sehingga akhir penggal ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negeri yang menghadkan jawatan Ketua Menteri selama dua penggal maksima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *