KUALA LUMPUR, 4 Sept(Iteenews) — AmBank Group (AmBank) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun ini kepada 4.9 peratus daripada anggaran awal 4.5 peratus.
Dalam nota tinjauan makroekonominya bagi separuh pertama 2024 hari ini, bank berkenaan menjangkakan pertumbuhan positif dalam dua suku berbaki tahun ini susulan asas tahun lepas yang lebih rendah selain prospek perdagangan yang positif.
Selepas mencatat pertumbuhan sederhana pada 3.6 peratus dalam 2023, ekonomi Malaysia dijangka berada dalam lingkungan unjuran4.0-5.0 peratus yang AmBank percaya dapat direalisasikan pada 4.9 peratus.
“Sektor swasta tempatandomestik menjadi tonggak ekonomi, disokong oleh peningkatan pasaran tenaga kerja yang berterusan dengan data terkini menunjukkan kadar penyertaan tenaga itu mencecah parastertinggi baharu sebanyak 70.4 peratus pada Jun 2024," katanya.
Jelas AmBank,walaupun eksport bersih menjadi kekangan ketara bagi pertumbuhan dalam 2023, aspek ini sebaliknya diunjur menyumbang kepada pertumbuhan dinamik pada beberapa bulan akan datang.
Menurutnya, ini susulan pemulihan kitaran peningkatansemikonduktor global dengan kenaikan purata memberangsangkan sebanyak 16.7 peratus pada separuh pertama 2024 selepas menguncup10.5 peratus pada 2023.
“Keadaan ini akan meningkatkan prospek pertumbuhan Malaysia, khususnya eksport elektrikal dan elektronik (E&E) yang pulih kepada2.1 peratus dalam suku kedua2024 (suku pertama 2024: -5.8 peratus) selepas menyaksikan aliran menguncupselama empat suku berturut-turut.
“Perkembangan ini mendorong kepada semakan semula unjuran sebelum ini,” katanya.
Namun, pada masa sama, AmBank tidak menolak kemungkinan wujudnya beberapa risiko penurunan utama walaupun yakin dasar monetari dan fiskal akan teruskekal menyokong ekonomi negara.