Nestle Malaysia Utamakan Rakyat Tempatan Isi Peluang Pekerjaan

d826e4904388171efae4f25513aa6d4466d85a2cc5215Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi Malaysia dan Singapura, Ivy Tan Link Cheh memberi penerangan kepada kumpulan media pada Program Lawatan Media Ke Kilang Nestle Batu Tiga, Shah Alam Selangor. kredit: SURIANI RAZALI

SHAH ALAM, 4Sept (Iteenews) — Nestle Malaysiamengamalkan dasar mengutamakan rakyat tempatanuntukmengisi peluang pekerjaan di setiap kilangnya dalam memastikan kualiti semua produknya terjaga.

Pegawai Eksekutif Perniagaannya bagi Maggi Malaysia dan Singapura, Ivy Tan Link Cheh berkata100 peratus daripada kira-kira 1,000 pekerjanya di kilangBatu Tiga, di sini, yang turut mengeluarkan produk mi segera terkenal jenama Maggi,terdiri daripadawarga tempatan.

“Pekerja kilang di sini terdiri daripada operator, juruteknik, pemandu forklift dan pasukan jaminan kualiti,” katanya pada Program Lawatan Media Ke Kilang Nestle Batu Tiga, baru-baru ini.

Sejak 1971, kilang di Batu Tiga ini menjadi tonggak utama pengeluaran mi segera Maggidalam negara yang mematuhi piawaian kawalan kualiti dan standard halal tertinggi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Setakat ini Nestle mempunyai dua buah kilang yang mengeluarkan mi segera Maggiiaitu di Batu Tiga, Shah Alam Selangor dan di Demak Laut, Kuching, Sarawak.

Ivy berkata, setiap hari kilang di Batu Tigamenghasilkan 2.5 juta pek Mi Maggi 2-Minit yang akan dieksport ke lebih 20 negara dan memastikan proses pengeluaran sentiasa mengutamakan bahan dan sumber tempatan.

Mi segeraMaggi dieksport ke seluruh dunia termasuk Asia Tenggara, Australia, United Kingdom dan Korea Selatan.

Menurutnya, kilang di Batu Tiga itu telah diperluas dan dilengkapi dengan keupayaan pengeluaran yang dipertingkatkan bagimemenuhi cita rasa rakyat Malaysia terhadap mi segera, perisa dan produk yang lain.

“Pihak kami membangunkan sendiri sistem pembuatan digital (DMO) untuk mengendalikan Loji Kuliner yang mempunyai sejumlah besar bahan dan resipi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *