Hospital mohon maaf isu calon pekerja diminta buka tudung

ahijab new

Gambar hiasan sebuah hospital di Jakarta. – Foto AFP

JAKARTA – Sebuah hospital swasta di Jakarta memohon maaf selepas seorang doktor mendedahkan bahawa calon pekerja ditanya soalan berhubung sama ada mereka sanggup menanggalkan tudung jika diterima berkhidmat.

Menurut laman berita Channel News Asia, Ia merupakan satu topik sensitif di Indonesia yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam.

Surat oleh Dr. Diani Kartini kepada pihak pengurusan hospital itu tersebar luas di media sosial.

Bertarikh 29 Ogos lalu, dokumen ditulis pakar bedah pakar itu mendakwa bahawa calon pekerja dikehendaki menanggalkan tudung jika mereka diterima bekerja. 

Diani mendedahkan bahawa pembantu dan saudaranya yang memohon menjadi doktor di situ berhadapan soalan diskriminasi semasa ditemu duga. Ia termasuk sama ada mereka sanggup menanggalkan tudung.

“Adakah terdapat piawaian berganda untuk kod pakaian jururawat, pengamal perubatan?”soalnya yang kini telah meletak jawatan di hospital tersebut.

Dalam pada itu, pengarah hospital itu menyatakan kekesalan yang mendalam dan menegaskan komitmen untuk menawarkan peluang pekerjaan yang sama rata kepada kakitangan pusat perubatan tersebut. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *