Tuduhan Dia Berkongsi Ideologi Dengan Chin Peng Adalah Fitnah – Lim Kit Siang

3397f5adafd43b1c13cecd8ee099596e66d72b1fc802dVeteran ahli politik DAP Tan Sri Lim Kit Siang (empat, kanan) bersama anaknya Lim Guan Eng (lima, kanan) dan Teresa Kok (kiri) hadir ke Mahkamah Tinggi hari ini berhubung ucapan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad pada satu ceramah politik semasa tempoh kempen pilihan raya kecil Kemaman, yang mengaitkan mereka dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya serta Lee Kuan Yew dari Singapura.

GEORGE TOWN, 3 Sept (Iteenews) — Ahli politik veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tuduhan dia dan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng berkongsi ideologi yang sama, adalah fitnah.

Lim berkata reputasinya dirosakkan dengan dakwaan Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad bahawa dia mempunyai kaitan dengan Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew,yang menuduh dia ada kaitan dengan konspirasi untuk memusnahkan Malaysia.

Dalam soal balas di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Quay Chew Soon, peguam Siti Mastura Yusfarizal Yussoff memberitahu Lim, adalah perkara biasa bagi ahli politik mempunyai ideologi dan pandangan politik yang berbeza.

Lim bersetuju, bagaimanapun dia memberitahu tidak perlu membuat tuduhan berunsur fitnah.

Apabila Yusfarizal menyatakan bahawa ideologi politik PAS adalah untuk menegakkan Islam dalam sistem demokrasi, Lim menjawab bahawa “kita semua menegakkan Islam” dan dia tidak mempunyai masalah dengan PAS yang mahu memperkenalkan undang-undang Syariah, selagi ia berada dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan.

Semasa soal balas ketua peguamnya Datuk Sankara Nair, Lim berkata beliau terkejut dan marah ketika mendengar dakwaan Siti Mastura terhadapnya buat pertama kali.

Lim berkatakenyataan yang dibuat itu adalah secara melulu tanpa disokong oleh bukti.

Sementara itu, Lim Guan Eng saksi kedua hari ini berkata beliau tersinggung dengan dakwaan Siti Mastura yang mendakwa keluarganya mempunyai kaitan dengan Chin Peng, kerana ini mempunyai implikasi yang besar.

Beliau juga berkata kenyataan Siti Mastura itu adalah serangan serampang dua mata yang pertama, mengaitkan keluarganya dengan ideologi komunisme dan kedua membayangkan keluarganya mempunyai “agenda Cina”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *