Bank Rakyat Perjelas Kemungkinan Ketirisan Data, Beri Jaminan Keadaan Terkawal

407bb0c707a37c11a9187607b2d087d066d6f072278b7

KUALA LUMPUR, 3 Sept(Iteenews) — Bank Rakyat berjaya membendung kemungkinan insiden ketirisandata yang mungkin melibatkan beberapa maklumat pelanggan susulanlangkah proaktif yang dilaksanakannya.

Bank itu berkata ia kekalkomited terhadap ketelusan dan telah memaklumkan pelanggan dengan sewajarnya.

“Di samping itu, kami turut menasihatkan pelanggan untuk sentiasa berwaspada terhadap taktik pancingan data dan kaedah penipuan berpotensi lain,” kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai tindak balas terhadap ketirisan itu, Bank Rakyat telah melaporkan insiden tersebutkepada pihak berkuasa berkaitan dan memberi jaminan kepada pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan bahawa semua operasi perniagaan kekal berfungsi sepenuhnya.

“Integriti dan keselamatan data pelanggan kekal sebagai keutamaan utama kami,” katanya.

Pada masa sama, bank itu menggesa pelanggannyaagarsegera menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 800 800 atau 03-5526 9200 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *