Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk (MyPPP) ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. Turut hadir Pemangku Presiden MyPPP Datuk Dr Loga Bala Mohan (kanan).
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Iteenews) –Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedia disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur tipu helah atau memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pihaknya sendiri mempunyai bukti dan terbuka untuk siasatan lanjut dilakukan pihak berwajibsama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pendaftar Pertubuhan (RoS) atau Jabatan Peguam Negara.
“Sepuluh daripada Ahli Parlimen (BN) yang tandatangan ikrar SD (kepada Perikatan Nasional), mereka (juga) menandatangani dokumen kuasa membentuk kerajaan yang diberikan kepada Pengerusi BN.
“Kerusi yang dimenangi itubukan hak peribadi, tetapi hak parti atau BN, menerusi tiga perkara yang ditandatangani. Kita ada rakaman video setiapseorang yang menandatangani ketiga-tiga dokumen itu, selain mereka tidak berada dalam keadaan tekanan ketika itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (MyPPP) ke-71 disinihari ini.
Terdahulu, media melaporkan Armada Bersatu pada 30 Ogos lepas membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid dengan mendakwa tindakan Presiden UMNO ituberunsur tipu helah atau memperdaya Yang di-Pertuan Agong ketika mengemukakan SD bagi membentuk Kerajaan Persekutuan pada November 2022.