Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyanyikan lagu \’Tanggal 31\’ pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk (MyPPP) ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. Turut hadir Presiden MyPPP Datuk Dr Loga Bala Mohan (tiga,kiri) dan Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua,kanan).
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Iteenews) –Datuk Dr J. Loga Bala Mohan diumum sebagai PresidenParti Progresif Rakyat (MyPPP) baharu hari iniselepas menang tanpa bertanding pada pemilihan jawatan utama parti itu.
Setiausaha Agung MyPPPDatuk Inder Singh Beant Singh berkata pemilihanLoga Bala yang sebelum ini memangku jawatan presiden itu disokong sebulat suaraperwakilanMesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-71 parti itu.
“Pada AGM kali ini kita turut mengusulkan antaranya meminda perlembagaan parti,penstrukturan semula jawatan Naib Presiden Kanan yang ditukar nama kepada Timbalan Presiden.
“…ini juga termasukmencadangkan penjenamaan semula logo parti serta akan kembali dikenali sebagai PPP, selepas pindaan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS),” katanya kepada pemberita selepas AGM itu hari ini.
Loga Bala menggantikan mendiang Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor pada 17 Nov 2023.
Sebelum ini Loga Bala yang merupakannaib presiden kanan parti itu memangku jawatan presiden berdasarkan Perkara 9.10 perlembagaan parti yang menetapkan bahawa naib presiden kanan akan bertindak sebagai presiden sekiranya jawatan itu kosong.
Inder Singh berkata kerusi Timbalan Presiden MyPPP pula kini diisi Datuk Mohan A Kandasamy yang sebelum ini memangku jawatan Naib Presiden Kanan.
MyPPP (dahulu dikenali sebagai PPP) yang ditubuhkan pada 1953, pada masa inimempunyai 320,000 keahlian di 119 bahagian dan 3,119 cawangan.