Pertumbuhan Pusat Data Di Malaysia Sokong Transisi Kepada Tenaga Boleh Baharu

1a0a0426b603824753f4b5baa5a643f55fb68c2b31e19

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Iteenews) — Kedudukan Malaysia sebagai lokasi pusat data paling pesat berkembang di Asia Tenggara tidak hanya mendorong kepada pertumbuhan ekonomi digital, malah menjadi pemangkin dalam transisi negara ke arah penggunaan tenaga boleh baharu (TBB).

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Dr Jasrul Jamani Jamian berkata dengan kehadiran pemain pusat data di Malaysia, ini secara langsung membantu kerajaan untuk mengoptimumkan kapasiti penjana elektrik yang terdapat di Malaysia.

Menurutnya pada masa sama aspek itu turut menjadi pendorong dalam merealisasikan usaha kerajaan ke arah penjanaan TBB sehingga 70 peratus atau 56 gigawatt (GW) dalam sektor tenaga menjelang 2050.

Bagi tempoh 2021 hingga 2023, Malaysia telah meluluskan pelaburan dalam pusat data dan perkhidmatan awan berjumlah RM114.7 bilion.

Moody Rating’s sebelum ini dilaporkan menjangkakan keperluan tenaga elektrik untuk pusat data di Malaysia meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 500 megawatt (MW) dalam tempoh dua tahun akan datang.

"Memang sudah tiba masanya untuk penjana elektrik yang menggunakan sumber asli seperti arang batu dan gas, terutama telah beroperasi selama 25 hingga 30 tahun digantikan dengan TBB yang lebih efisien dan mesra alam," katanya kepada Iteenews baru-baru ini.

Beliau berkata penjana elektrik yang telah lama dan beroperasi pada kecekapan rendah menjadikan usaha peralihan kepada TBB satu keperluan yang signifikan.

“Oleh itu, sebenarnya kerajaan sudah dalam tindakan ke arah itu termasuk pelaksanaan program Solar Skala Besar (LSS5) dan akan datang LSS6,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *