Sudahlah terkunci, pengsan pula dalam rumah

pengsan di dalam sebuah rumah di Jalan Kuala Krai

Anggota polis dan bomba membantu membawa mangsa menaiki ambulans selepas dijumpai pengsan di dalam sebuah rumah di Jalan Kuala Krai-Kampung Puteh, Seksyen 20 di Kota Bharu, semalam. Foto IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Seorang pembantu rumah warganegara Thailand pengsan selepas terkunci di dalam sebuah rumah di Jalan Kuala Krai-Kampung Puteh, Seksyen 20, di sini semalam.

Mangsa, Miss Roreey Dueramae, 56, didapati terkunci di dalam rumah tersebut kira-kira pukul 8.36 malam sebelum jirannya menghubungi pihak bomba untuk operasi menyelamat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Azman Ariffin berkata, lima anggota bergegas ke rumah tersebut selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, anggota bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 8.33 malam sebelum mendapati mangsa yang sudah tidak sedarkan diri terkunci di dalam rumah tersebut.

“Operasi berkenaan tamat pada pukul 10.16 malam dan wanita itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan menaiki ambulans,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *