Pemilihan Calon BN PRK DUN Mahkota Di Peringkat Akhir – Khaled Nordin

c41252ada36ae79d124b627add658e9366d179b82e47aMenteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin (tengah) ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Program e-Perkasa SPM Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta sumbangan Chrome Book kepada pelajar sekolah anak anggota Angkatan Tentera Malaysia di Dewan Mahkota, Kem Mahkota hari ini.

KLUANG, 30 Ogos (Iteenews) — Pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota kini di peringkat akhir, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO dan koordinator BN untuk PRK DUN Mahkota berkata banyak nama calon telah dipertimbangkan dan calon yang dipilih akan diumumkan selepas negara menyambut hari kemerdekaan.

“Ia (pengumuman calon) akan dilakukan ketika BN melancarkan jentera pilihan raya dalam sedikit masa lagi. Kita habiskan (sambutan) kemerdekaan dahulu,” katanya selepas melancarkan Program e-Perkasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kem Mahkota di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September sebagai hari pengundian PRK DUN Mahkota, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 14 September.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandang kerusi ituDatuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang pada 2 Ogos lepas.

Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT dan UPSI merupakan inisiatif tajaan Yayasan LTAT untuk memperkasa pendidikan anak-anak warga ATM yang bersekolah di luar kem tentera sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM tahun 2024.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *