Hubungan dua hala Malaysia dan Timor-Leste diperkasa – Ahmad Zahid

WhatsApp Image 2024 08 30 at 17.46.35 1

Ahmad Zahid (dua dari kanan) mengadakan perbincangan bersama dengan wakil kerajaan Timor-Lestori pada sesi kunjungan rasminya ke negara itu.

PETALING JAYA – Lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Timor-Leste telah mengembangkan potensi kerjasama dan meneroka bidang-bidang baharu untuk kedua-dua negara.

Ahmad Zahid berkata, beberapa pertemuan dan perbincangan telah dilakukan berkisar kepada usaha memperkasa hubungan dua hala.

“Ini termasuk tumpuan kepada sektor-sektor tertentu seperti pembangunan desa, perumahan, industri halal, pemerkasaan sektor pelancongan yang semakin berkembang dan usaha Timor-Leste untuk menjadi anggota baharu di dalam ASEAN.

“Sebagai simbolik memperkukuh hubungan dua hala, kerajaan Timor-Leste telah menganugerahkan Malaysia tanah seluas 6,000 meter persegi yang boleh dimanfaatkan untuk pembinaan Kedutaan Malaysia dan pelbagai kegunaan untuk rakyat Malaysia di sini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, beliau turut mencadangkan supaya TradeInvest Timor-Leste bagi menjalankan misi perdagangan dan pelaburan ke Malaysia dengan meneroka pelbagai peluang pelaburan yang berpotensi untuk manfaat kedua-dua negara.

“Malaysia melalui Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) juga terus komited untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan Timor-Leste di bawah rangka Kerjasama Selatan-Selatan.

“Setakat ini, Malaysia telah melatih 781 peserta dari Timor-Leste melalui pelbagai kursus dan program bantuan teknikal yang ditawarkan,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Institut Kemajuan Desa (INFRA) akan menjemput para pemimpin dan pegawai kerajaan dari Timor-Leste yang terlibat secara langsung dengan pembangunan luar bandar untuk hadir ke Malaysia .

“Keberhasilan Program Lawatan Rasmi ke Timor-Leste ini turut diterjemah melalui pemeteraian Surat Niat (LoI) antara UniKL dan Kementerian Pendidikan Tinggi Timor Leste bagi merealisasikan penubuhan pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET) baharu di negara ini.

“UniKL juga bersedia untuk menawarkan 50 biasiswa kepada pelajar Timor-Leste yang layak untuk melanjutkan pengajian sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di institusi tersebut,” ujarnya lagi.- https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *