Ringgit Menambah Nilai 2.5 Peratus Berbanding Dolar AS Pada Julai 2024 – BNM

a3d87ce9f2033fac8b73d3bd9e74d92465f94a6752664

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Iteenews) — Ringgit menambah nilai sebanyak 2.5 peratus berbanding dolar AS pada Julai 2024selaras dengan kebanyakan mata wang serantau, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam laporan Sorotan Bulanan Julai 2024 hari ini, bank pusat berkata mata wang Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia dan Korea Selatan meningkat dengan purata satu peratus pada Julai 2024.

Kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) 10 tahun menurun sebanyak 14 mata asas (bps) berbanding purata serantau -25 bps seiring dengan penurunan kadar hasil bon Amerika Syarikat (AS).

FBM KLCI didagangkan 2.2 peratus lebih tinggi berbanding purata serantau dua peratus.

“Pasaran kewangan domestik didorong terutamanya oleh perkembangan global, khususnya perubahan jangkaan terhadap hala tuju dasar monetari AS,” katanya.

Para pegawai Rizab Persekutuan AS menyuarakan keyakinan bahawa bacaan terkini menunjukkan kemajuan menuju inflasi sasaran, menandakan kemungkinan pengurangan kadar dasar seawal September 2024.

Kesannya, peserta pasaran kewangan telah menilai semula jangkaan mereka terhadap kadar dasar AS kepada dua hingga tiga pemotongan kadar (Jun 2024: satu hingga dua pemotongan).

Pertumbuhan kredit kepada sektor swasta bukan kewangan kekal pada 5.5 peratus pada akhir Julai 2024 (Jun 2024: 5.5 peratus) berikutan pertumbuhan yang lebih tinggi bagi pinjaman terkumpul (6.2 peratus; Jun 2024: 6 peratus).

Pertumbuhan bon korporat terkumpul pula lebih sederhana pada tiga peratus (Jun 2024: 3.4 peratus).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *