Public Mutual Isytihar Agihan Lebih RM57 juta Untuk Empat Dana

65303b20495976a58af96b4e294472265fed9aebe9929

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Iteenews) –Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank, mengisytiharkan pengagihan tahunan lebih RM57 juta untuk empat dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2024.

Dalamkenyataan pada Jumaat, pengurus unit amanah itu mengumumkan pengagihan kasar sebanyak lima sen seunit bagi Public Sukuk Fund dan PB Bond Fund.

Public Mutual juga mengisytiharkan pengagihan kasar 4.75 sen seunit untuk PB Sukuk Fund dan 0.40 sen seunit bagi PB Asia Pacific Dividend Fund.

Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih 180 dana di bawah pengurusannya.

Syarikat itujuga merupakan penyedia skim persaraan swasta (PRS) yang diluluskan sertamenguruskan sembilan dana PRS.

–BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *