Minggu orientasi macam pergi ‘clubbing’

geli orientasi

Tangkap layar menunjukkan pesta yang diadakan pada minggu orientasi sempena menyambut pelajar baharu. – TikTok @farhanikhsan05

JAKARTA  –  Sebuah universiti di Malang, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian orang ramai kerana mengadakan sebuah pesta muzik pada minggu orientasi, lapor saluran berita Jatin Times semalam. 

Kejadian berlaku di Universiti Brawijaya (BJ) beberapa hari yang lalu. Program orientasi itu diadakan bagi menyambut kedatangan pelajar baharu. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @farhanikhsan05, pelajar baharu dan lama termasuk lelaki serta wanita dilihat berjoget mengikut rentak muzik yang dimainkan. 

Bahkan, ada antara mereka sibuk merakam detik ‘manis’ itu menggunakan telefon bimbit. 

Rakaman sama menunjukkan seorang deejay cuba memeriahkan suasana dengan memainkan lagu-lagu seperti di kelab malam dan disko. 

Acara itu menjadi tular di media sosial dan mencatatkan lebih 108,100 tontonan bersama 10,500 tanda suka. 

“Baru masuk belajar, sudah ada kelas malam,” kata seorang netizen. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *